Sunday, June 17, 2012

Peristiwa Isra' dan Mikraj




Assalamualaikum WBT..

Segala puji bagi Allah SWT yg masih memberi kita nafas,selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammmad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari nie,adalah 17/6/2012 bersamaan dgn 27 rejab 1433H..Apa sebenarnya nk dibicarakan nie??ok..seperti semua sedia maklum 27 Rejab adalah tarikh istimewa dalam bulan islam dengan berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj..

Apa sebenarnya Isra' dan Mikraj nie??jom kita ketahuai dan imbas kembali pengertian Isra'  dan Mikraj..
Bermulanya peristiwa nie pada 27 Rejab sebelum Hijrah iaitu tahun ke-12 daripada masa kenabian,umur Nabi pula pada ketika itu adalah 52 tahun. Ia berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekkah ke Madinah..

Peristiwa nie ada dicatatkan Allah dalam Al-Quran pada Surah Isra' 17:1 yang berbunyi

"سبحن الّذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الّذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنّه هو السميع البصير"
"Maha Suci Allah, yang telah menjalankan hamba-Nya(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam(Mekkah) ke Masjid Al-Aqsa(Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Sebelum bermulanya perjalanan Nabi Muhammad SAW berlakunya pembelahan dada. Belahan dada ini dilakukan oleh 2 Malaikat iaitu Malaikat Jibril a.s dan Malaikat Mikail a.s. Hati Baginda  SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Peristiwa ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu:
1)Isra' yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2)Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Semasa Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Disepanjang perjalanan,Nabi SAW ditemani oleh Malaikat Jibril. Maka apabila tiba ditempat-tempat yang mulia dan bersejarah, Rasulullah diarahkan Malaikat Jibril supaya menunaikan solat 2rakaat.
Antara tempatnya adalah :-
1)Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2)Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
3)Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan).

Dalam pada itu,Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit lalu Malaikat Jibril memberikan doa kepada  Baginda untukk dibaca dan juga dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antara peristiwa yang disaksikan Nabi SAW ialah:

1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Malaikat Jibril: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum.Rasulullah SAW diberitahu oleh Malaikat Jibril : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3)Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang makan riba.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril : Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah  tidak menghiraukannya. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Gambaran diakhirat yang menunjukkan bagaimana keadaan bagi orang-orang yang berjihad pada jalan Allah SWT, teguh menegakkan agama Allah SWT, tak solat, tak berzakat, memakan hasil riba, suka berzina, seorang pemimpin yang tak menunaikan amanah, suka membuat fitnah, suka mengumpat, mensia-siakn umur sampai tua, mengutamakan dunia lebih dari akhirat dan dunia yang semakin uzur yang hanya menunggu untuk dilipatkan kembali.
Apabila sampai Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa,lalu masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang 2 rakaat dengan makmumnya dikalangan para2 anbia dan mursalin. Kemudian Baginda SAW kehausan,lalu dibawa oleh Malaikat Jibril 2 bekas yang berisi air arak dan air  susu. Ais susu menjadi pilihan Rasulullah SAW ,lantas berkatalah Malaikat Jibril bahawasanya  Baginda membuat pilihan yang betul kerana jika arak yang dipilih,nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T ):

Didatangkan Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Kemudian naik atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril  masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh lagi buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi SAW dan Malaikat Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga: Naik tangga langit ketiga.Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah SAW mengangkat kepala (disuruh oleh Malaikat Jibril ) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril   masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah SAW sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah SAW: Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi mungkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan difardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

روى عن إمام الغزلي : حدثنا النبي صلى االلّه عليه وسلم :
 قال : "مَن كان  يأمنوا باللّه ويوم الآخر فيقول الخير..أو كما قال.."
Rawi daripada Imam Ghazali: Diceritakan oleh nabi SAW bersabda: "siapa yang yakin dengan hati akhirat,maka katakanlah sesuatu yang elok.."

قال اللّه تعالى "ما يلفظوا من قول إلّا لديه رقيب أتيب"
Firman Allah SWT: "tak akan berkata seorang anak adam itu 1 kalimah melainkan kiri dan kanannya ada Malaikat Rakib dan Malaikat Atib"

>>Moga-moga perkongsian xseberapa ini mampu mendapat pahala dari sisiNya

No comments:

Post a Comment

 
Template Design By:
SkinCorner