Saturday, May 11, 2013

"..Saya Nak Kahwin..!!.."

Terimalah Mak Ayah, Saya Nak Kahwin



Mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

Wednesday, April 24, 2013

..Jangan..

JANGAN INGIN JADI REBUTAN BANYAK LELAKI"

Jangan ingin dipandang cantik oleh banyak lelaki.
Tapi inginkanlah dipandang cantik di mata suamimu nanti.

Jangan ingin menjadi wanita idaman banyak lelaki.
Tapi inginkanlah menjadi wanita idaman suamimu sendiri.

Jangan merasa bangga jika menjadi rebutan banyak lelaki.
Tapi banggalah jika selalu menjadi pujaan hati suamimu sendiri.

Jangan biarkan dirimu tebar pesona kepada banyak lelaki.
Jangan biarkan dirimu memberi harapan dan janji-janji kepada banyak lelaki.Karena pada akahirnya engkau akan menjadi penyebab kecewanya banyak lelaki.

Kelak jika engkau telah bersuami..

kau harus pandai menundukkan pandangan pada banyak lelaki.
Agar suamimu pun menundukkan pandangan pada wanita selain dirimu.

kau harus pandai memperbaiki diri sebaik-baiknya.
kau harus pandai menghias kecantikan akhlakmu dengan sebaik-baiknya.
Karena itulah yang akan membahagiakan hati seorang suami.

Dan jika engkau menginginkan lelaki baik yang akan menjadi suamimu.Maka engkau juga harus menjadi wanita yang baik terlebih dahulu.

Karena ALLAH telah menjanjikan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik pula.Begitu juga sebaliknya...Aamiin ya Rabbal'alamin.

Tuesday, March 12, 2013

9 nama Anak Syaitan dan Tugas2 nya


Kali ni perkongsian 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam diri sendiri nie kan? Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni ye;

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

P/s: Semoga bermanfaat kepada semua. sharing is carring >.<

Thursday, November 15, 2012

Maaf Merapatkan Ukhuwah



Seseorang yang memarahimu kerana kamu berbuat kesalahan, kemudian dia memaafkanmu setelahnya. Kamu berbuat kesalahan lagi, dan dia memarahimu kemudian memaafkanmu kembali. Dan kamu berbuat kesalahan lagi lalu dia memarahimu lagi namun kemudian tetap memaafkanmu. 

Jika itu terjadi sebanyak tiga kali atau lebih pada dirimu dan masih ada orang yg sentiasa mahu memaafkanmu sesungguhnya dialah sahabatmu

>>Dalam sebuah hubungan pasti akan ada permasalahan di dalamnya kerana kita manusia,tiada luput dari salah dan khilaf. Hanya memaafkanlah yg menjadikan hubungan itu akan tetap terjaga. Dan yang berbuat kesalahan pun selalu berusaha mengintrofeksi diri agar menjadi lebih baik..
Temukanlah sahabat dalam hidupmu.. :-)
Dan setiap orang memiliki kisah masing-masing bersama sahabatnya..
Kebaikan hati dan peribadi yg mulia Rasulullah SAW membuat dia disenangi para sahabat.. ^_^
Semoga kita boleh menjadi sahabat yang baik bagi siapa saja..
(:'_':) (:'_':) (:'_':)
Belajarlah dan biasakanlah diri kita memaafkan semua orang 
yang buat salah dengan kita sebelum mata terpejam..
Agar hidup kita sentiasa tenteram didunia mahupun diakhirat
kelak


Tuesday, November 13, 2012

Pintu Yang Perlu Penjagaan



Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada Tiga. 
Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup,maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk padamu.

1. Pintu Syahwat (Nafsu). 
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah/mendidik nafsu. 
Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir.
Barangsiapa yang Berzikir mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh.

3. Pintu Kejahilan.
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu.

[Ini adalah petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani.
Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan "Petikan dari Al-Yusriyat"]

Sunday, November 11, 2012

Jom Kenali Lelaki




1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.



2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati. 




3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. 


Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.




4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. 


Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.




5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga? 




7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.




8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.




9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.




10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. 


Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.




11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.




12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.




13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. 


Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?




14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.




"People will forget what you said,


people will forget  what you did,


but people will never forget how you made them feel..."

Sunday, October 7, 2012

Sakit Mengajar Manusia Nikmat Sihat



Tiada siapa mahu diuji dengan sakit walaupun hanya digigit semut. Kerana sakit itu satu kepahitan. Kerana pahit satu yang tidak indah dirasai. Tapi tiada siapa menduga apabila sakit datang menjengah diri. Dikala kita sedar atau tidak kerana zaman kini penyakit tidak mengenal umur dan siapa. Sudah banyak orang di usia kanak-kanak sudah ada penyakit kronik. Semua itu ketentuanNya, tiada siapa dapat menghalang apabila Dia mahu.
Tapi ramai orang tidak sedar bahawa sakit juga satu nikmat pemberianNya seperti nikmat-nikmat lain. Sakit mengajar kita erti nikmat sihat yang kadang-kadang ramai tidak menjaganya dengan baik. Disebabkan kesibukan aktiviti harian manusia lupa menjaga kesihatan diri. Ditambah jarang sakit lagilah buat manusia leka dan senang hati dengan kesihatannya. Sebab itulah kadang-kadang terus diserang sakit yang teruk.
Yang pasti setiap ujian dan pemberianNya ada hikmah disebaliknya sama ada kita sedar atau tidak. Kerana sakit buat kita lebih menghargai kesihatan diri. Kerana sakit buat kita lebih rapat denganNya. Kerana sakit buat kita sedar dan beringat akan kematian yang akan datang jua. Semua itu ada hikmahnya yang Dia mahu bagi tahu pada kita. Kerana Dia berikan apa yang perlu bagi kita bukan apa yang kita mahu.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sebelum sakit datang menjengah diri. Bagi insan yang dialami sakit janganlah sedih kerana sakit itu buat kita lebih kuat jiwa dan hati dari orang yang sihat. Anggaplah sakit itu nikmat istimewa dariNya


 
Template Design By:
SkinCorner