Sunday, October 7, 2012

Sakit Mengajar Manusia Nikmat Sihat



Tiada siapa mahu diuji dengan sakit walaupun hanya digigit semut. Kerana sakit itu satu kepahitan. Kerana pahit satu yang tidak indah dirasai. Tapi tiada siapa menduga apabila sakit datang menjengah diri. Dikala kita sedar atau tidak kerana zaman kini penyakit tidak mengenal umur dan siapa. Sudah banyak orang di usia kanak-kanak sudah ada penyakit kronik. Semua itu ketentuanNya, tiada siapa dapat menghalang apabila Dia mahu.
Tapi ramai orang tidak sedar bahawa sakit juga satu nikmat pemberianNya seperti nikmat-nikmat lain. Sakit mengajar kita erti nikmat sihat yang kadang-kadang ramai tidak menjaganya dengan baik. Disebabkan kesibukan aktiviti harian manusia lupa menjaga kesihatan diri. Ditambah jarang sakit lagilah buat manusia leka dan senang hati dengan kesihatannya. Sebab itulah kadang-kadang terus diserang sakit yang teruk.
Yang pasti setiap ujian dan pemberianNya ada hikmah disebaliknya sama ada kita sedar atau tidak. Kerana sakit buat kita lebih menghargai kesihatan diri. Kerana sakit buat kita lebih rapat denganNya. Kerana sakit buat kita sedar dan beringat akan kematian yang akan datang jua. Semua itu ada hikmahnya yang Dia mahu bagi tahu pada kita. Kerana Dia berikan apa yang perlu bagi kita bukan apa yang kita mahu.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sebelum sakit datang menjengah diri. Bagi insan yang dialami sakit janganlah sedih kerana sakit itu buat kita lebih kuat jiwa dan hati dari orang yang sihat. Anggaplah sakit itu nikmat istimewa dariNya


Saturday, October 6, 2012

Keramat dan Tambah umur



6 oktober 1990 adalah tarikh keramat dalam hidup aku sebab,tarikh nie la yang membuatkan adanyer aku kat dunia,dapat lihat dunia yang penuh dengan bermacam bagai ragam manusia serta tempat yang aku akan survive untuk beribadat pada Allah SWT..
Semua manusia seronok kalau sebut perkataan ‘birthday’ ‘ sanah helwa’ yakni hari dilahirkn ibu ker kite..sebab ape seronok ek??maybe sebab dapat hadiah,dapat ucapan dari ramai org kot pastu dapat wat majlis lg,ade yg wat besar-besaran,ade yg smbut ngn family aje..tapi cuba kite berfikir sejenak. Ape sebenarnya mksd disebalik hari kite dilahirkan tu?? Sebenarnya,ade mksd lain disebalik birthday tu..mksd ape??
Mksdnya kite nie dh makin dekat ngn mati..umo dh meningkat,hidup dah singkat,ibadat entah berkat,klau diterima doa dipanjat pada Allah yg Maha Melihat setiap perbuatan baik atau jahat..hanya Allah yang mampu Melihat..
Tp mentaliti kita zaman skrg lain,bile sebut hari lahir,gembira bagai nak rak..sampai xingat istilah org kite kata,rumah dah kata pergi,kubur dh kata mai...umo yg meningkat tp ibadat xmeningkat.macamana agaknya kehidupan kita diakhirat nati?? Rasa terjaminkah diri?? Mampukah ntuk hadapi hari kelak??
Jika terasa belum terjamin,belum terlambat ntuk kita tingkat-tingkatkan iman,amal ibadat,segala macam kebaikan yg menguntungkan ntuk kite n menjadi saham diakhirat kelak..sbb sabda nabi kata: “andai esok adalah kiamat,jika ada ditangan kita biji benih ntuk ditaman,maka tamanlah ia kerana mungkin ia akan memberi manfaat juga”
  Moga semua yang kita buat,bagi manfaat buat kita semua..syukran buat sahabat-sahabat yang bagi ucapan padaku..doa kalian amat bermakna..^^
Moga aku dapat menjadi seorang anak yang solehah,adik yang baik,kawan yang jujur,isteri yang mithali,ibu yang penyayang nanti insyaAllah...


 
Template Design By:
SkinCorner