Sunday, June 17, 2012

Peristiwa Isra' dan Mikraj




Assalamualaikum WBT..

Segala puji bagi Allah SWT yg masih memberi kita nafas,selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammmad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Hari nie,adalah 17/6/2012 bersamaan dgn 27 rejab 1433H..Apa sebenarnya nk dibicarakan nie??ok..seperti semua sedia maklum 27 Rejab adalah tarikh istimewa dalam bulan islam dengan berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj..

Apa sebenarnya Isra' dan Mikraj nie??jom kita ketahuai dan imbas kembali pengertian Isra'  dan Mikraj..
Bermulanya peristiwa nie pada 27 Rejab sebelum Hijrah iaitu tahun ke-12 daripada masa kenabian,umur Nabi pula pada ketika itu adalah 52 tahun. Ia berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekkah ke Madinah..

Peristiwa nie ada dicatatkan Allah dalam Al-Quran pada Surah Isra' 17:1 yang berbunyi

"سبحن الّذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا الّذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنّه هو السميع البصير"
"Maha Suci Allah, yang telah menjalankan hamba-Nya(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam(Mekkah) ke Masjid Al-Aqsa(Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Sebelum bermulanya perjalanan Nabi Muhammad SAW berlakunya pembelahan dada. Belahan dada ini dilakukan oleh 2 Malaikat iaitu Malaikat Jibril a.s dan Malaikat Mikail a.s. Hati Baginda  SAW dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Peristiwa ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu:
1)Isra' yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2)Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Semasa Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Disepanjang perjalanan,Nabi SAW ditemani oleh Malaikat Jibril. Maka apabila tiba ditempat-tempat yang mulia dan bersejarah, Rasulullah diarahkan Malaikat Jibril supaya menunaikan solat 2rakaat.
Antara tempatnya adalah :-
1)Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2)Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
3)Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan).

Dalam pada itu,Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin 'Afrit lalu Malaikat Jibril memberikan doa kepada  Baginda untukk dibaca dan juga dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antara peristiwa yang disaksikan Nabi SAW ialah:

1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Malaikat Jibril: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum.Rasulullah SAW diberitahu oleh Malaikat Jibril : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3)Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang makan riba.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril : Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah  tidak menghiraukannya. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Rasulullah SAW diberitahu Malaikat Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Gambaran diakhirat yang menunjukkan bagaimana keadaan bagi orang-orang yang berjihad pada jalan Allah SWT, teguh menegakkan agama Allah SWT, tak solat, tak berzakat, memakan hasil riba, suka berzina, seorang pemimpin yang tak menunaikan amanah, suka membuat fitnah, suka mengumpat, mensia-siakn umur sampai tua, mengutamakan dunia lebih dari akhirat dan dunia yang semakin uzur yang hanya menunggu untuk dilipatkan kembali.
Apabila sampai Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa,lalu masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang 2 rakaat dengan makmumnya dikalangan para2 anbia dan mursalin. Kemudian Baginda SAW kehausan,lalu dibawa oleh Malaikat Jibril 2 bekas yang berisi air arak dan air  susu. Ais susu menjadi pilihan Rasulullah SAW ,lantas berkatalah Malaikat Jibril bahawasanya  Baginda membuat pilihan yang betul kerana jika arak yang dipilih,nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T ):

Didatangkan Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Kemudian naik atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril  masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh lagi buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi SAW dan Malaikat Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga: Naik tangga langit ketiga.Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah SAW mengangkat kepala (disuruh oleh Malaikat Jibril ) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril   masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah SAW sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah SAW: Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi mungkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan difardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

روى عن إمام الغزلي : حدثنا النبي صلى االلّه عليه وسلم :
 قال : "مَن كان  يأمنوا باللّه ويوم الآخر فيقول الخير..أو كما قال.."
Rawi daripada Imam Ghazali: Diceritakan oleh nabi SAW bersabda: "siapa yang yakin dengan hati akhirat,maka katakanlah sesuatu yang elok.."

قال اللّه تعالى "ما يلفظوا من قول إلّا لديه رقيب أتيب"
Firman Allah SWT: "tak akan berkata seorang anak adam itu 1 kalimah melainkan kiri dan kanannya ada Malaikat Rakib dan Malaikat Atib"

>>Moga-moga perkongsian xseberapa ini mampu mendapat pahala dari sisiNya

Monday, June 11, 2012

Three WordS, Three StorieS

Semua penduduk desa berdoa ingin supaya hujan turun. Mereka berkumpul dan hanya seorang budak lelaki datang dengan payung. 
ITULAH IMAN.



Apabila kita melempar bayi di udara, ia tertawa kerana dia tahu kita akan menangkapnya. ITULAH KEPERCAYAAN.





Setiap malam kita tidur, kita tidak memiliki jaminan untuk bangun keesokan paginya hidup tapi tetap kita menetapkan penggera untuk esok. 
ITULAH HARAPAN.J

Tuesday, June 5, 2012

Rahsia Surah Al-Kauthsar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


>>JOM KTA AMALKAN MEMBACA SURAH AL-KAUTHSAR

Monday, June 4, 2012

Dimana 'anugerah' didalam ujian??




Suatu ketika, saat aku memberi makan seekor kucing,
lalu datang seorang pakcik berkata 
"kucing nie adalah binatang yang membawa rahmat pada kita"
hanya senyuman yang mampu aku ukirkan tanda balasan buat kata-kata itu..
Ya..aku sememangnya bersependapat dengan pakcik..
kucing,binatang yang membawa rahmat kepada kita. 
saat bersamanya kita akan terasa cukup gembira apabila bermain bersama dan sebagainya..
Masa terus berlalu.
Kini,diriku dapat melihat kehidupan dalam skop yang lebih luas.
Diriku mula memahami, apakah pengertian 'rahmat' yang disebutkan pakcik tersebut suatu masa dulu..
Sedarkah kita,diantara banyak rahmat Allah Taala yang diturunkan pada kita,
ada 1 rahmat yanga amat mudah untuk kita menggapainya.
Apakah ia???
Ketahuilah..Allah Taala telah menyediakan kita ruang untuk meraih pahalaNya melalui sekecil-kecil perkara..
Mengisi perut kucing,walaupun hanya dengan secebit roti..
ia sudah cukup untuk mengundang rahmat dan maghfirah dariNya..

........................................

Berkait dengan ujian,
Dimanakah 'anugerah' yang terkandung didalamnya??
-----fikirkan..moga kita menemui 'sesuatu' =)

Rahsia Disebalik Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w



  • Kelahiran Nabi Muhammad  pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelusuk alam semesta.
  • Kelahiran baginda  menjadi seribu satu tanda bahwa baginda  akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
  • Baginda  mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. 
  • Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.
    Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi.Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahsia yang belum terungkap.
  • Sebelum Abdullah berkahwin dengan Aminah, terpancar cahaya gilang gemilang dari wajahnya kerana di dalam sulbinya membaca Sang Cahaya yang bakal menerangi alam maya kelak sehingga digilai oleh ramai wanita termasuk dari kalangan ahlil kitabSehinggalah beliau berkahwin dengan Aminah cahaya tersebut berpindah kepada Aminah pula apabila benih yang menanggung cahaya tadi berpindah ke jasad isterinya yang tercinta. 
    Sehingga seorang perempuan ahli kitab datang berjumpa beliau  menyatakan, apabila Abdullah membawa cahaya tersebut dia sangat mengimpikan untuk menjadi isterinya. 
  • Namun apabila cahaya tersebut tiada lagi, niat tersebut telah berkubur seumpama hilangnya cahaya dari wajah ayahanda Nabi Muhammad  tersebut.Ketika Abdullah berangkat ke Syria, sudah terdetik di hati si isteri bahawa suaminya tidak akan pulang lagi. 
  • Apabila genap Rasulullah  dua bulan di dalam kandungan ibunya Abdullah wafat dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah. Begitu sedihnya hati bonda nabi mengenangkan nasib anaknya yang yatim tersebut.Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad.
  • Pertama, ketika Nur Muhammad  masuk ke dalam rahim Aminah, Allah  memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat, di laut, burung-burung yang berkicau sibuk membincangkannya. Angin dari Utara mengkhabarkan kepada angin Selatan dan angin Timur mengkhabarkan kepada angina Barat berita bakal munculnya Penghulu tujuh petala langit dan bumi 9 bulan lagi. 
    Bumi gempar dengan perkhabaran akan lahirnya insan istimewa tidak lagi.
  • Kedua, semasa Rasulullah  berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
    Kehamilannya disedari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
    Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
  • Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh Abrahah bersama tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah .
    Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
  • Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya.
    Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. 
    Namakan dia Ahmad.” Semasa kelahiran Nabi Muhammad , Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad  lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa  dan Musa .
  • Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.Semasa baginda  dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda . Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. 
  • Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda  dilahirkan.Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia.. 
  • Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin.             Wangi-wangian yang tidak terhingga laksana kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka.Aminah sendiri melihat baginda  dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
  • Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
  • Ada riwayat menyatakan bahawa baginda  diarak ke seluruh dunia untuk dipertontonkan kecantikannya kepada semua.
  • Ada riwayat menyatakan bahawa Sayyidah Maryam dan Asiah turut serta menyambut kelahiran Rasul yang paling bongsu ini.
  • Segala malaikat memandang baginda  tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun menyatakan “YarhamkALLAH” sambil tersenyum.
  • Semua alam maya bertumpu mata terhadap bagina  lantas terpesona dengan kecantikan dan cahaya yang luar biasa daripada Saidina Muhammad  yang masih kecil. 
    Setiap mata yang memandangnya berasa kagum.Ummu Aiman yang berada di situ berasa sangat takjub lantas jatuh cinta dan tidak semena-mena beliau menyusukan baginda Nabi
  • Beliau seolah-olah terasuk dengan kecintaan itu malah baginda yang masih bayi mempersilakan anaknya Ummu Aiman untuk menyusu di sebelahnya.Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. 
  • Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
    Ada menyatakan bahawa nabi Muhammad  lahir dalam keadaan matanya bercelak dan sudah dikhitankan. 
  • Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.Ummu Aiman pun memanggil datuknya Abdul Mutallib yang sedang tawaf di Kaabah.. Belum pun sempat tujuh pusingannya Abdul Mutallib pun kembali dan melihat anak tersebut diletakkan di bawah belanga. Ini kerana mengikut adat orang Arab, tiada seorang pun boleh melihat anak yang baru dilahirkan kecuali selepas dilihat oleh bapanya terlebih dahulu sebagai orang pertama menyaksikan kelibat tubuhnya. 
  • Oleh kerana itu bayi tersebut ditutup terlebih dahulu dari pandangan orang ramai. Oleh kerana bapa nabi  sudah wafat maka, bapa kepada bapanya yang melihat terlebih dahulu.
  • Belum pun sempat Abdul Mutallib mengangkat belanga itu, dek kerana ajaib dan kuatnya cahaya yang terpancara dari Saidina Muhammad  yang masih kecil, meletuplah belanga tadi kerana tidak dapat menanggung cahaya yang hebat tersebut.Maka mata pun bertemu mata, dan alangkah terpesonanya si datuk melihat cucuandanya yang begitu luar biasa sehingga terpacul. Ini malaikat atau manusiakah. Maka jatuh cintalah datuknya terhadap cucundanya yang tersayang lantas di bawa ke BaituLLAH untuk disempurnakan tawafnya yang berbaki tadi.
  • Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah . Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. 
    Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
  • Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.Setelah baginda  lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
  • Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad . mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda  adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
  • Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah , sekali gus sebagai bukti kerasulannya.Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
  • Alam maya bertambah subur, bumi yang kering kontang mula dipenuhi pohon dalam satu malam sahaja. Pohon-pohon yang tidak berbuah dengan rasa tiada segan silu melanjutkan dahan-dahannya untuk mudah dipetik, apabila dengan tidak semena-mena berbuah dengan lebatnya pada hari kelahiran Nabi Muhammad  .Haiwan ternakan yang kurus, tidak berdaging dan bersusu. Semuanya gemuk dan susunya keluar tanpa putus-putus. Inilah alam maya yang terkesan dengan keberkatan Maulidur Rasul  .Abu Lahab, bapa saudara Nabi  membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah untuk tujuan menjadi ibu susu Nabi  . 
  • Sebab itulah setiap hari Isnin di dalam neraka Abu Lahab diringankan sedikit hukuman disebabkan kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi Muhammad  dan dihujung kuku ibu jarinya tangannya keluar sedikit susu menjadi habuannya. Membebaskan Thuwaibah untuk menjadi ibu susu Nabi .
  • Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa’d yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih kerana kemiskinan merek. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad .
  • Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua’ib, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Halimah dan suami datang dengan menaiki unta yang kurus. Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad 
  • Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi sihat dan gemuk serta merta. Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari rombongan Bani Saad, dengan pantasnya memotong barisan rombongan tersebut dengan tunggangan mereka yang sihat, gemuk dan kuat tadi. 
  • Sejak memelihara Insan Mulia tersebut. Ternak kambingnya yang kurus-kurus semuanya menjadi gemuk-gemuk dan susunya pun bertambah serta merta. Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. 
  • Selama dua tahun Muhammad  tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.                           

Sunday, June 3, 2012

Pentingnya Tidur Apabila Mata "mengantuk"



Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: 

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."
 Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata:
"Benarlah Salman." (Bukhari)
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya 
ketika keletihan melakukan sembahyang. 
Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." 
(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: 
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: 
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

 
Template Design By:
SkinCorner