Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa
Nabi telah bersabda:
"Jika salah seorang di antara kamu berasa
mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika
seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar
sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."
Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu
Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan
ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke
atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."
Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata:
Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata:
"Benarlah Salman." (Bukhari)
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda
Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang.
Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab
agar dia dapat berpaut kepadanya
ketika keletihan melakukan sembahyang.
Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
ketika keletihan melakukan sembahyang.
Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di
antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk
hendaklah tidur."
(Bukhari-Muslim)
(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat
mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga
menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap
kecergasan diri seseorang.
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu
tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang
itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan
tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin'
telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur
di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur
membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir
matahari untuk solat zohor."
No comments:
Post a Comment