Friday, August 24, 2012

Waktu Yang Pergi Tidak Akan Kembali


Subuh yang pergi,
Zohor pula menanti,
Jangan malas bangun pagi,
Masa yang berlalu tidak akan kembali,
Bangkitlah wahai diri,
Jangan kita tidur lagi,
Kerana ia amatlah rugi,
Klau kita sentiasa begini,
Jangan sentiasa tidur pagi,
Ini pesanan buat diri,
Juga pada semua yang disayangi,
Oleh diri yang menulis ini,
Moga tidak terjadi lagi,
Diwaktu yang amat digemari,
Oleh manusia didunia ini,
Ambillah waktu cerminkan diri,
Selagi nyawa tidak dijemput Ilahi,
Moga tidak terhina lagi,
Diakhirat sana nanti,
Merasa terhina berpesan begini,
Kerana diri juga menggemari,
Setiap apa yang diungkapi,
Bagi kata-kata kali ini,
Tetapi pesanan Rasulullah yang disayangi,
Sentiasa terngiang-ngiang disanubari,
Dihati yang manusia dhoif ini,
Jangan diamal tidur pagi,
Kelak tidak siuman lagi,
Jika diamal berhari-hari,
Nauzubillah minta tidak terjadi,
Seperti yang diungkapi,
Oleh hadith nabawi,
-->> Berpesan itu amalan terpuji,
        jangan dilihat pada yang memberi,
        kerana diri xsempurna lagi,
        tetapi lihat pada isi.
-->> Sekian lama blog ini menyepi,
        saat Sya'ban terus ke Ramadhan,
        Syawal ini kembali memberi,
        memberi apa yang mampu dikongsi,
        apa yang terbuku dihati,
        juga apa yang dilalui,
        pada saat masih bernafas lagi,
        hingga ke hari ini,
-->>Itu saja buat kali ini....gud byeee..ariyosss..ma'asalamah..jumpa lagi di lain kali ^^
         

 
Template Design By:
SkinCorner