Monday, April 30, 2012

Rahsia Dahi




Rahsia tetap rahsia??eh...tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap akan
menjadi rahsia selamanya....korang nak kenal lebih rapat dengan si dia yang
menjadi pujaan hati korang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betul
betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!

DAHI LEBAR........
Ciri2:saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best:Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kurang: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT.....
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang: Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI.......
Ciri2: Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif  kerana suka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kurang: Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia

DAHI JENDOL........
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang: kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau bercinta,tak ingat dunia.

DAHI BERSEGI....
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang: dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT....
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang: yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
hidup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayanya, 
lepas nie kenalah cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita!
apapun ini hanyalah hiburan semata-mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu...

Sunday, April 29, 2012

Kenapa perlu BERTAHNIK (membelah mulut) ?





Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a, maksudnya:


“Aku telah mendapat seorang anak. kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.”

Hikmah :

# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya.

# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu.

# Dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah mudahan kanak–kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa.

# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah saw dengan seorang mukmin dan juga kerana manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang soleh.

P/s: Bertahniklah dengan para Ulama dan orang2 yang Soleh..:-)


Saturday, April 28, 2012

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7.Membuka seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.


Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! 
Nauzubillah...

~~sekadar berkongsi~~

Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. 

Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.  

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,

 tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, 

tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, 

kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. 

Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, 

tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda 

masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus 

dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita 

semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, 

tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

wallahua'lam
~~sekadar berkongsi ape yang boleh dikongsi bersama~~ 
>>selamat beramal(^_^)

Friday, April 27, 2012

Surat Cinta Buat Calon Suamiku (^_^)



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Dear calon suamiku..

Apa khabar imanmu hari ini??
Sudahkah harimu diawali dengan syukur kerana masih diberikan nafas bagi menatap kembali fananya hidup..
Sudahkah air wudhu’mu menyegarkan kembali ingatan atas amanah yang dikau genggam saat,detik,waktu,minit ini??

Wahai calon suamiku..

Tahukah dikau betapa Allah sangat mencintai diriku dengan penuh 
kasih sayangNya..??
Disini daku ditempa untuk menjadi dewasa,agar diriku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu di hari kelak..
Meskipun kadang keluh dan putus asa merempuhi didalam diri..
namun kini kurasakan diri ini lebih baik..
Kadang diriku tertanya-tanya,kenapa Allah selalu menguji tepat dihatiku..
bagaikann terapuh diri ini,namun kini sudahku temui jawapannya..
Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agarku sentiasa kembali mengingatiNya kembali mencintaiNya..
Ujian demi ujian InsyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh sehingga saat kelak kita bertemu,
dikau merasa bangga kerana telah memiliki daku dihatimu..

Duhai calon suamiku..

Entah dimana dirimu sekarang tapi daku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku..
Daku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh hingga 
daku pun bangga memilikimu kelak..
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan..
Semoga sama halnya dengan diriku kerana apabila kecantikan yang dikau harapkan dariku hanya kesia-siaan yang akan dikau akan dapati..
Aku masih haus akan ilmu,
namun berbekalkan ilmu yang ada saat ini,daku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu,suamiku kelak..

Wahai calon suamiku..

Saat diriku masih dibawah asuhan ayah dan bondaku,tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan kedua-duanya di akhirat..
Namun nanti setelah menjadi isterimu aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu,mendampingi dirimu yang soleh..
Aku pencemburu berat tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai 
daripada aku,
aku rela..Aku harap begitu pula dirimu..
Aku yakin kaulah yang kuperlukan meski nanti dikau 
bukanlah 
orang yang kuharapkan..

Calon suamiku yang dirahmati Allah..

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita,
tak akanku namai dengan gubuk derita,kerana ia markaz dakwah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih.


Kelak ketika telah lahir generasi penerus dakwah islam dari pernikahan kita.
Bantulah aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal dengan ilmu yang bermanfaat,
terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah Taala.
Bunga akan indah pada waktunya..Iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. 
Maka kini,tengah kusiapkan diri ini sebaik-baiknya,
bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Calon suamiku..

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata..
Bak kata orang,tidak semua yang dirasa dapat diungkapkan dengan kata-kata..
Itulah yang saat ini kuhadapi..
kelak saat kita telah bersama,maka disitulah kau akan memahami diriku,sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahami dirimu..

Bersabarlah calon suamiku..

Doalah selalu ‘’ingatlah daku dalam doa kudusmu”..
Agar Allah memudahkan jalanmu tuk menjemputku sebagai Bidadarimu..
Semoga Allah sentiasa menjagamu,Agar tak tersentuh yang bukan mahrammu,
Meski hanya seujung kuku..
Agar kau bisa mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku..
Seperti halnya aku,yang ingin mempersembahkan diriku seutuhnya,
Hanya untukmu..
Andai kakiku tersadung lalu jatuh tersungkur ke dalam air yang kotor,
hulurkanlah tanganmu bangunkan daku bersihkan diriku lalu pimpinlah tanganku ke jalan mardhotilaah..
tegurlah daku dari kelalaian yang banyakku lakukan..
Setakat ini dulu yang mampuku nukilkan buatmu

Wahai calon suamiku..

Salam Cinta dari Calon isterimu..

Waalaikummusalam Warahmatullahi Wabarakatuh..^^

Wednesday, April 25, 2012

Berkahwin Muda..1 masalah@ 1 penyelesaian??



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, 
mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
 
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri 
kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.
Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

 
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.
Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak 
menggunakan akal di lutut?
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
 
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.
(H.R. Bukhari dan Muslim)
~~berkongsi ape yang boleh dikongsi~~
 

Friday, February 3, 2012

Kenapa Perkahwinan Perlu Dihalang??

TERLALU BANYAK LUAHAN YANG SAYA DENGAR DARI KAWAN-KAWAN YANG INGIN BERKAHWIN TETAPI TERHALANG. JADI, CORETAN ALA KADAR DIHARAP MAMPU MEMBINA KETERBUKAAN. BACALAH STATUS INI SAMBIL MELIHAT KEPADA SEKELILING KITA. ZAMAN NABI YANG BAIK ITU PUN DAH ADA GALAKAN KAWIN AWAL. ZAMAN KITA

1) JUARA ZINA
2) JUARA BUANG ANAK / MEMBUNUH
3) MAK KAWIN DENGAN ANAK KANDUNG
4) BUDAK KECIL / BAYI DIROGOL
5) PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN LUAR BATASAN. (BUKAN LUAR BATAS LAGI, SAMPAI DAH TAK NAMPAK BATAS YANG ASAL)
6) HEDONISME (HIBURAN MELAMPAU / PEMUJAAN)
7) USTAZ MENCABUL
8) YANG BELAJAR AGAMA JUGA MEMPAMERKAN FOTO-FOTO SI DIA DAN DETIK BAHAGIA BERSAMA SI DIA. (HAL INI MEMBERI KESAN PADA HATI)

Bila cerita tentang kawin cepat, macam-macam alasan diberi,
Kau nak beri anak dara orang makan apa ?
Gagal exam nanti ?
Gatal boto ni ? copek bona nak bebini / belaki

Kebanyakan isu TAK IZIN kawin bukan berputar isu kemampuan, tapi lebih terikat dengan :

1) adat,
2) emosi
3) pengaruh sedara mara (adik beradik mak dan abah paklong mak andak)
4) persepsi masyarakat
5) dan alasan-alasan lain yang terlalu remeh dan tidak syar'iy.

Sepatutnya kita membantu mereka untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang di”hantu”kan dalam persoalan di atas bukan menyergah mereka secara berterusan dengan tradisi yang kita buat sendiri.

Seruan ke arah kawin lambat (lambat sebab ada dinding adat , tradisi dan doktrin mengarut / langkah bendul) adalah seruan yang menyalahi sunnah dan objektif Islam.

Kalau ayat al Quran pun boleh dimansuhkan Tuhan, apalah nak dibandingkan dengan segala alasan adat, doktrin, budaya dan kebiasaan masyarakat yang langsung tidak mencapai maslahat agama secara universal dan jangka masa panjang.

Firman Allah,

وَأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksud : "Dan kawinkanlah orang-orang bujang di kalangan kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaNYA. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui. [suran an Nur : 32]

عن فاطمة بنت قيس ، وفيه أن الرسول –صلى الله عليه وسلم- أمرها أن تتزوج أسامة بن زيد ، حيث قال لها: أنكحي أسامة بن زيد ، فكرهته ، ثم قال أنكحي أسامة بن زيد ، فنكحته فجعل الله فيه خيراً كثيراً ، واغتبطت به

Dari Fatimah binti Qais, Sesungguhnya Rasullah saw telah menyuruhnya mengahwini Usamah bin Zaid dengan bersabda: Nikahlah kamu dengan Usamah bin Zaid maka aku enggan kemudian Rasullah saw bersabda: Nikahlah Usamah bin Zaid maka aku nikahinya, maka Allah telah menjadikan dengannya kebaikan yang banyak dan hidup bahagia. (Riwayat Muslim)
Umur Usamah ketika itu masih belum mencapai 16 tahun.

Nabi bersabda :

إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه وأمانته فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض

Maksud : "Apabila datang meminang seorang lelaki yang kau redhoi / restu
agamanya, akhlaknya dan sifat amanahnya maka kawinkanlah dia, jika tidak kamu tidak melakukannya, terjadilah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar". [Riwayat Tirmizi, Hadis Hasan / Hasan Ghorib]

Mungkin masih ada yang degil beri :

1) ALASAN : "itu zaman Nabi, sekarang ni zaman moden".

JAWAPAN ; Jadi apa masalahnya. Nafsu ada pada seluruh masa dan zaman. Kalau dah zaman

Nabi pun sudah digalak, maka apatah lagi zaman yang semakin merosak.

2) ALASAN LAGI : "zaman Nabi tak banyak pakai duit, zaman sekarang banyak pakai duit"

JAWAPAN : Lalu mahu utamakan kebutuhan agama atau kebutuhan adat dan persepsi masyarakat ? Terlalu tidak patut kalau menjadikan alasan belanja kawin sebagai penghalang perkahwinan. Kerana ada perkara pokok dan asas yang lebih penting dari nak fikir lauk apa, makan buffeT ke tidak, khemah nak buat berapa. Iaitu soal maruah dan keturunan.

3) ALASAN LAGI : " macamana kau nak kawin ni perangai tak senereh, tak boleh jadi bapak orang ! "

JAWAPAN : Jadi ! Bantulah dia dengan tindakan supportive bukan kata-kata meruntuhkan sebelum budak tu jadi bapak setan. Kalau dah bapak setan, tak payah kawin pun takper sebab dah tak pikir halal haram.

4) ALASAN LAGI : "kau kecik lagi".

JAWAPAN : kita yang membina budaya kawin mesti 27 tahun ke atas. Nafsu tu dah ada semenjak baligh. Nafsu tak kira kecik besar. Budak darjah 6 dah ada yang bersekududukan. Hal ini dipengaruhi zaman yang merusak. Nabi dulu kawinkan Usamah ketika Usamah belum mencapai 16 tahun. Ini anjuran / harapan Nabi terhadap orang muda serta pemahaman para sahabat dan tabi'in.

5) ALASAN LAGI : "setakat ni diorang boleh tahan lagi, hanya keluar berdua je, mesej-mesej je, calling-calling je".

JAWAPAN : Kau membina syariatmu sendiri. keliru tentang dosa dan pahala, keliru tentang keberkatan, keliru tentang autoriti syaitan. Kecuali kalau anakmu adalah 'umar al Khattab.

6) ALASAN LAGI : "dia / kamu masih belajar, tak kerja lagi".

JAWAPAN : Baca ayat Quran di atas. Masalah kita ini ialah apabila hilang keyakinan dengan jaminan Allah dan Rasul. Kalau tak yakin jugak, tak dapek den nak koba do. Koba nak menantu Islamik, dah tu bile ada orang memilih jalan baik untuk anak kita, mengapa perlu tolak kembali dengan doktrin emosi ? Aneh manusia seperti ini. BANTU, BUKAN HALANG. Satu lagi, kita telanjang sifat tawakkal. Baik sangkalah dengan Tuhan.

7) ALASAN LAGI : "baik sangat ke kau nak kawin cepat ni ?"

JAWAPAN : sebab baiklah pilih jalan kawin. sebab tahu mana saluran yang betul. (tak habis-habis nak condemn). Untung budak tu pilih jalan kawin, kalau bahagia dalam berzina ?

Kata-kata Saidina 'Umar al Khattab,

زوجوا أولادكم إذا بلغوا لا تحملوا آثامهم

Maksud : “Nikahkan anak-anakmu apabila mereka telah mencapai usia baligh. Jangan kamu tanggung dosa mereka”. (Kitab Ahkamun Nisa' / Hukum-hukum Tentang Wanita)

Saidina ‘Umar sendiri telah memikirkan soal dosa dalam kebujangan dalam zaman yang boleh dikatakan masih terjaga. Apatah lagi di zaman sekarang ?

Kata Hasan al Basri :

بادروا نساءَكم التزويج

Maksud : “segeralah menikahkan wanita-wanita kamu”.

Ibnul Jauzi menyebut dari sebahagian salaf, (atau kata-kata Hatim al Assam)

العجلة من الشيطان إلا في خمس، إطعام الطعام إذا حضر الضيف، وتجهيز الميت إذا مات، وتزويج البكر إذا أدركت، وقضاء الدين إذا وجب، والتوبة من الذنب إذا أذنب

Maksud : “Terburu-buru itu dari syaitan, kecuali pada lima perkara:

1. Memberi makan tetamu
2. Mengurus jenazah
3. Menikahkan anak gadis ketika cukup umur
4. Membayar utang ketika tiba waktunya
5. Bertaubat dari dosa ketika berbuat dosa.
(Kitab Ahkamun Nisa')

KITA TERUS MEMBERI ALASAN, ALASAN DAN ALASAN YANG TIDAK KUKUH, TETAPI TIDAK PULA MEMBANTU UNTUK MEMBUANG HALANGAN YANG KITA BINA SEBALIKNYA LEBIH BERSIKAP MENERUSKAN BUDAYA DAN PEGANGAN YANG MENYEBABKAN ALASAN TERSEBUT TERUS KEKAL.

MUNGKIN ADA YANG BERKATA SAYA ATAU SESIAPA HANYA SENANG MEMBERI PANDANGAN TAPI B UKAN YANG MENANGGUNGNYA.

1) LEBIH BAIK DARI KITA YANG MENANGGUNGNYA DI AKHIRAT NANTI

2)BAYANGKAN SEORANG BAPA / PENJAGA MENINGGAL DALAM KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN ANAKNYA BERKAHWIN YANG TELAH TERJEBAK DALAM MAKSIAT. APAKAH ITU MODAL YANG DI BAWAKNYA KE SANA ?

BANTULAH MEREKA. KETIKA INI, ANAK-ANAK ANDA SEDANG TENGGELAM DALAM MEMBERI MESEJ-MESEJ DERHAKA TERHADAP PASANGANNYA.

TOLONGLAH WAHAI MAKCIK-MAKCIK DAN PAKCIK-PAKCIK.

NABI TAK PERNAH KEMUKAKAN ALASAN, BAHKAH LEBIH KEPADA MEMBANTU,

Kata Nabi

لو كان أسامة جارية لكسوته وحليته حتى أُنفِقَهُ

Maksud : "kalaulah Usamah itu budakku (anak perempuan baginda) nescaya aku pakaikan dan hiaskan sehingga aku menginfaqkannya. [Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad : Tashih al Albani]

BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH.

PARA ULAMA SEPAKAT MENGHARAMKAN SIKAP KEENGGANAN WALI MENIKAHKAN ANAK-ANAK TANPA SEBAB SYAR'IY. (PERHATIKAN ALASAN KITA, APAKAH ALASAN YANG MEBANTU MARUAH ATAU BUATAN SENDIRI YANG BOLEH DIUBAH ?)

BAHKAN SEBAHAGIAN ULAMA MEMASUKKAN IA (ISU IBU BAPA HALANG ANAK KAWIN) DI ANTARA DOSA-DOSA BESAR.

HAL INI DINYATAKAN OLEH SYEIKH IBNU HAJAR AL HAITHAMIY AL MAKKI. JUGA PENDAPAT IMAM NAWAWI. Antara dosa-dosa besar :

عضل الولي موليته عن النكاح،بأن دعته إلى أن يزوجها من كفءٍ لها،وهي بالغةٌ عاقلةٌ فامتنع.وكون هذا كبيرة هو ما صرح به النووي في فتاويه

Maksud : seorang wali melarang anak perempuan berkahwin, iaitu ketika anak perempuannya minta untuk berkahwin dengan lelaki yang sekufu / sesuai dalam keadaan dia sudah baligh dan berakal lalu si bapa menghalang. Hal ini ditegaskan oleh Imam an Nawawi.

[RUJUK KITAB الزواجر عن اقتراف الكبائر / TEGAHAN-TEGAHAN DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR]
 

BANTULAH UNTUK MEMAHAMKAN SEMUA PIHAK DENGAN CARA YANG PALING BAIK TENTANG BETAPA PENTINGNYA MENYEGERAKAN PERKAHWINAN DI ZAMAN INI.
 
~very nice entry~~
sekadar berkongsi ape yang boleh dikongsi bersama

 
Template Design By:
SkinCorner