Thursday, June 24, 2010
Tuesday, June 22, 2010
Mampukah Kita Menjadi Wanita Solehah...????
Monday, June 21, 2010
...:SEDAR LAH WAHAI DIRI YG LEMAH:...
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)
Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)
Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)
Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)
Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.
Ayat Seribu Dinar
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)
Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.
Nota: Artikel ini diulang siar.
...Cantik VS Kurang Cantik...
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...
Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...
Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...
Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!
Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!
bagitaulah pd lelaki n perempuan
Saturday, April 3, 2010
Ketahui Aurat-Aurat Wanita
ciNta,LoVe,aMor
Cinta itu banyak pengertiannya.tapi bagi aku cinta adalah KAWAN SEJATI.orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sesebuah kehidupan .Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang disekelilingmu,.oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,sebab keelokkan paras dapat menyesatkan.dan jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan.tertariklah kepada seorang yang dapat membuatmu tersenyum,tenang dalam mengenali dirimu dan penciptamu yang hakiki.ibarat membuatkan hari-hari yang gelap menjadi cerah seperti kata orang,setiap bunga mawar yang harum pasti ada durinya.dan jika seseorang hadir didalam hidupmu dan menjadi sebahagian dari hidupmu tetapi atas sebab tertentu dia telah ditakdirkan pergi janganlah terlalu sedih meratap ketiadaanya.terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu dan tetapi..apabila ada yang datang,jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok ia masih bertandang ,jangan harap ia akan datang kembali
